Powered By Blogger

rock dulu-dulu

rock dulu-dulu

Doa

Foto saya
"Ya Allah, andainya telah Engkau takdirkan di sisiMU pada Azali,bahawa aku celaka,sedikit rezeki,terusir dan diharamkan akan daku,maka mohonlah aku agar dipupuskan ( apa yg tersirat dlm Azali itu)....Amin"

Selamt Datang

Semoga anda sedikit release dengan laman ini. TQ





Champion Of Tawau

Musik Klasik lagi Ngetop


Inspection

Tapak Lancar Roket Bakal Maju Tawau




KUALA LUMPUR: Pemimpin dan masyarakat daerah Tawau terkejut serta gembira apabila mengetahui kerajaan mengenal pasti kawasan itu sebagai antara lokasi paling sesuai untuk menjadi tapak pelancaran roket Malaysia pada masa depan.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai tepat dan wajar, mereka sependapat langkah itu sudah pasti akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di situ terutama dari segi pertumbuhan ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang aeroangkasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas (dalam Parlimen Tawau), Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkhabaran yang agak mengejutkan itu bukan saja disambut baik majoriti penduduk daerah itu semalam, malah kawasan sekitar daerah berkenaan.Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata pemilihan Tawau bagi program itu sudah pasti akan memberi banyak kesan positif kepada pembangunan masyarakat dan fizikal di situ.

“Pembinaan tapak roket di daerah ini bakal memberi pelbagai kesan positif termasuk membabitkan kenaikan harga tanah kerana projek ini membabitkan kawasan yang luas selain peluang ekonomi untuk rakyat.

“Namun pada saya, perkembangan ini bakal memberi rahmat besar kepada penduduk. Sudah pasti sebagai pemimpin daerah ini, kita sedia memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak berkuasa menjayakan program ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sumber : Berita Harian- Khamis, 27 Disember 2007


Link....

Sekitar Tawau bakal dapat lonjakan besar ekonomi


KUALA LUMPUR: Kawasan pantai timur Sabah, terutama sekitar Tawau bakal mendapat lonjakan pertumbuhan besar ekonomi apabila dikenal pasti sebagai tapak pelancaran roket Malaysia sejajar dengan pengembangan program angkasa negara.

Ia berikutan usaha negara meningkatkan keupayaan teknologi untuk melancarkan roketnya sendiri dalam beberapa tahun akan datang, selepas kejayaan menghantar angkasawan pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Oktober lalu dengan kerjasama Russia.

Selain tapak pelancaran, kawasan itu juga bakal dipenuhi dengan industri sokongan untuk pembangunan industri aeroangkasa negara.

Ketua Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata kawasan pantai timur Sabah dipilih kerana kesesuaian lokasinya untuk pelancaran roket buatan Malaysia beberapa tahun lagi.

"Kita sudah mengenal pasti lokasi tapak pelancaran itu, tapi tidak dapat mengumumkannya sekarang bagi mengelakkan kegiatan spekulasi membabitkan urusan jual beli tanah berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas sambutan hebat orang ramai terutama generasi muda terhadap bidang angkasa lepas seperti ditonjolkan terhadap pameran interaktif Pengembaraan Angkasa Antarabangsa Malaysia (Misa) yang sedang berlangsung di Putrajaya.

Pameran itu adalah kesinambungan Program Angkasawan Negara.

ATSB, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) adalah syarikat teknologi dan angkasa yang terbabit dalam pengeluaran satelit mikro Malaysia iaitu TiungSAT-1 dan RazakSAT yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ahmad Sabirin berkata, selain pantai timur Sabah, kerajaan mengenal pasti beberapa kawasan berhampiran pantai di Terengganu.

Ahmad Sabirin berkata, kawasan berkenaan dipilih kerana di timurnya adalah laut yang perlu ada di sebuah tapak pelancaran roket bagi mengelak perkara tidak diingini, terutama memastikan tiada penduduk di bawah laluan perjalanan roket.

Sehubungan itu, katanya, ATSB sedang menyusun program pembangunan modal insan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menguasai teknologi pengeluaran roket yang diperlukan bagi penghantaran kapal angkasa dan satelit.

"Usaha penguasaan teknologi roket Malaysia sudah bermula dengan teknologi pembuatan satelit sebelum kita berkembang untuk mengeluarkan roket lebih besar," katanya.


Tiada ulasan: